Friday, 20 May 2011

MINYAK ENJIN TIRUAN

tips mengenal pasti :-

  • Terlalu banyak minyak hitam kat pasaran...kena berhati2 dengan tiruan....antara tiruan yang senang sangat nak kantol ialah kat botol dia hanya tulis made in usa/japan tanpa alamat pengilang.
  • Label botol yang tiruan lebih terang kalau nak dibandingkan dengan yang original. 
  • Botol tiruan lebih nipis. bila kandungan minyak tinggal separuh kita
    boleh nampak bayang2 minyak kat dalam botol tu.
  • Hati2 dgn minyak berjenama tapi harga murah!!!
prosboc.com

penjagaan tayar kereta

Tayar adalah satu komponen yang paling hampir dengan kedudukan brek kereta anda. Pada asasnya tayar yang menggolekkan kereta bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Tayar akan menggolek apabila terdapat dorongan menggerakkan kereta. Dorongan ini boleh berlaku apabila kereta ditolak atau ditarik, samada daripada gear yang mendapat dorongan dalam enjin atau dorongan luar.
Adakalanya keteika memandu kita akan merasa stereng bergetar atau tidak stabil dan berat kesebelah kiri atau kanan.
Ada 3 perkara penting yang harus diberi perhatian pada tayar, iaitu:
i. Tekanan angin pada tayar
ii. Imbangan
iii. Jajaran
Tekanan angin pada tayar berbeza mengikut kombinasi saiz. Kombinasi saiz tayar adalah pada lebar, tinggi dan saiz rim, sebagai contoh 215/50/17, mengikut turutan. Anda boleh rujuk jadual tekanan tayar yang ditampal oleh pengilang dibahagian tertentu dalam kereta anda.tyres care en Tips di pagi Jumaat   Periksaan tayar kereta anda
Imbangan atau balancing ini perlu dilakukan supaya tayar berputar dalam pusingan yang seimbang, pusingan tayar yang tak seimbang akan membuatkan stereng bergegar. Anda perlu menghantar kereta anda ke kedai tayar untuk tugas ini.
Jajaran atau alignment adalah pelarasan yang dilakukan supaya kedudukan tayar adalah lurus. Kedudukan tayar yang tidak lurus akan menyebabkan pergerakan kereta anda cenderung ke satu arah kiri atau kanan, kebiasaannya lebih kekiri. Untuk tugas ini juga anda perlu hantar kekedai tayar, kerena alat khas perlu digunakan.
Ketiga-tiga perkara diatas sekiranya diabaikan, ia akan membotakkan tayar anda lebih awal serta mendorong penggunaan bahan bakar yang lebih tinggi.
Selamat memandu. 

perkhidmatan yang disediakan (FS SAGA ENTERPRISE)

kereta saga BLM hitam